Groupniaga.com

Nak Berniaga PART TIME Tapi TAK TAHU Nak Buat Apa?

sideincome

Ada SIDE INCOME Tanpa
GANGGU Kerja Sedia Ada

At least, buat santai santai kat rumah pun dah cukup bagus……

NAK??

Sebelum anda berkata ya.. anda tengok dulu screenshot pendapatan ejen kami…

income

Bagaimana dengan yang ini?

income2

Ini adalah pendapatan sebenar yang telah kami rekodkan, Walaupun begitu.. janganlah menganggap yang anda akan terus dapat pendapatan yang begini. Jika anda sudah pandai, maka anda akan dengan senang lenang dapat menjana pendapatan ini. Jika anda belum pandai, maka anda ada masa untuk belajar dan jadi pandai.

Sila faham konsep ini

“BINA PART TIME BISNES….

3 JAM SEHARI.

SETIAP HARI SETIAP HARI SETIAP HARI. 

BINA PENDAPATAN

5 ANGKA

SETIAP BULAN”

testimonial

Jika anda seorang yang makan gaji, anda PASTI pening dengan kos sara hidup yang meningkat naik secara mendadak. Ini satu hakikat yang kita terpaksa terima. Zaman ini, kalau gaji sampai RM10 ribu pun belum tentu cukup.

Suka tak suka, kita mesti mencari satu bisnes. Kalau tak pandai, kita kena belajar.

Masalahnya, bisnes memerlukan modal dan bisnes memerlukan ilmu. Nak buat bisnes, takde pengalaman pula tu. Tambahan lagi, risiko pun tinggi dengan keadaan ekonomi gawat ni. Silap gaya duit modal lebur... bisnes rugi
aec67017e23fc934d133db08a5a54355_250x250

AMARAN!!

KALAU BACA TAK HABIS, ATAU KALAU NAK BUAT KERJA SEBULAN DUA DAN LEPAS TU BUAT BENDA LAIN, TOLONG JANGAN JOIN KAMI.

Kalau panduan penerangan ini pun tak boleh baca sampai habis, macamana nak buat kerja?  Ambik masa dan baca sampai habis,  dan baca dengan tenang.  Jangan gelabah, jangan skip skip.

Soalan ikhlas dari saya.. sudah berapa kali anda tukar produk tahun ini?

Sekejap jual produk A , tengok-tengok produk A ada masalah. Lepas tu jual pula produk B, ada pulak kes HQ pergi jual pada pemborong dan tengok-tengok harga orang dok jual tu lebih rendah dari harga pasaran. Tukar lagi produk lain, tengok-tengok tiba tiba ramai pula yang jual, ambil terus dari China dan jual pada harga tak munasabah.

Sampai bila nak macam tu? Tolong buang tabiat buat kerja sekerat jalan. Lebih baik anda tidak berbisnes langsung kalau anda nak buat sekerat jalan. Kesian la kat suami atau isteri atau anak anak anda kalau anda sekadar nak buat acuh tak acuh.

MASALAH adalah asam garam dalam berbisnes. 

Jika anda pandai pilih syarikat dan pilih produk yang betul.

Jika anda betul-betul ingin membina bisnes yang boleh menampung kehidupan anda dan pada masa yang sama boleh menjanjikan masa depan yang lebih baik, anda perlu membina bisnes itu dengan betul.

Walaupun begitu, membina bisnes memerlukan masa.

Kerana

Anda mahu membina jenama diri anda
Anda mahu membina jenama produk anda
Anda mahu mengumpul customer base untuk anda jual berulang kali
Anda mahu ada 10,000 pelanggan yang akan membeli dari anda setiap bulan.

Anda mahu membina RAVING FANS!
Golongan yang akan membeli dari anda lagi dan lagi dan lagi.. sampai habis nyawa.

Jika anda betul-betul nak berniaga dan ada masa depan.... anda tidak boleh pandang remeh isu ini.

Anda tak akan dapat bina satu bisnes yang kukuh kalau anda tukar produk lain setiap sebulan atau setiap tiga bulan. Anda mesti menjual produk dalam niche yang sama untuk beberapa tahun sebelum bisnes anda stabil.

Jangan bimbang... kami akan bantu anda dengan mengurangkan risiko dan bantu anda buat duit. Dengan join kami sebagai ejen dropship anda tidak perlu beli stok. Anda hanya perlu share produk-produk kami di media sosial, atau kepada kenalan-kenalan yang rapat dengan anda.

KENAPA PERLU BERSAMA DENGAN KAMI?

PERTAMA :
Kami adalah sebuah syarikat Sdn Bhd yang berdaftar dengan SSM

GROUPNIAGA.COM adalah dibawah kendalian dan pengurusan QSHK VENTURES SDN BHD (1123880-W). Segala aktiviti berkaitan pengurusan korporat, percukaian, GST, audit kewangan, pegangan syer dan lain lain adalah dibawah kendalian QSHK Ventures Sdn Bhd. Syarikat ini dikawal selia oleh AQWA Services yang merupakan satu syarikat pengurusan yang mengawal selia 157 syarikat sendirian berhad untuk memastikan kepatuhan kepada syarat persyarikatan Malaysia.

QSHK Ventures Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang beribupejabat di Pengkalan Chepa Kelantan dan diuruskan secara professional oleh satu pasukan pengurusan dan staf yang berpengalaman. Bagi anda yang ingin mencari peluang mencari pendapatan tentu faham bahasawanya anda memerlukan asas yang kukuh supaya dapat mengembangkan bisnes dengan baik dan teratur
Anda boleh pilih untuk bernaung dibawah seorang individu yang tidak diletakkan sebarang prosedur kebertanggungjawaban atau memilih satu syarikat yang diperbadankan secara sah disisi undang-undang.

d6d59713ca847d7aca76ad0df01e4a9c_640x430
Professionalisme: Bangunan ibupejabat QSHK Ventures dan staff yang menguruskan order dan pembungkusan

Alamat ibu pejabat
QSHK Ventures Sdn Bhd
Lot 682, Tkt 2, Kg. Tanjung Mas,
Jln Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu Kelantan

f3809cabb09d74e2400a581ad1a21a92_650x440
Professionalisme: Pemeriksaan kualiti terhadap produk sebelum pembungkusan dan pengeposan dijalankan oleh staf yang berdedikasi
8e8a1e32605111458a565e2e7e374d46_650x430
Professionalisme: Kerjasama erat dengan pihak Poslaju untuk memastikan produk sampai dengan cepat dan dalam keadaan baik kepada pelanggan.

Jika anda selalu sahaja menghadapi masalah HQ enggan membantu anda untuk menangani masalah dan ketidakpuasan hati pelanggan, maka anda tidak perlu risau lagi kerana keutamaan kami ialah " menjaga muka anda dan nama baik anda di mata pelanggan"

KEDUA :
Peluang menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan

Segalanya terpulang kepada anda. Adakah anda ingin membuat jualan sehingga ribuan ringgit sebulan atau sekadar beberapa ratus sebulan untuk menampung keperluan harian anda? Jika anda sibuk, dan anda hanya ada 2 jam sahaja sehari untuk mencari pendapatan tambahan, maka gunakanlah 2 jam tersebut dan binalah pendapatan tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Anda tidak perlu menjadi seorang jutawan jika anda tidak mahu.

KETIGA :
BERNIAGA TANPA RISIKO

Walaupun begitu, anda boleh menjana seberapa banyak pendapatan yang anda mahukan. Tiada had atas jualan yang anda boleh lakukan. Belajarlah kemahiran ini dan binalah bisnes anda tanpa perlu menghadapi apa apa risiko kerugian.
Jangan keluarkan simpanan anda,
Jangan keluarkan ASB dan tabung Haji anda untuk menjadi modal niaga
Jangan gadai rantai emas anda
tidak perlu untuk semua itu, kerana kami sudah sediakan segalanya
- produk kami sudah sediakan
- pusat pengedaran kami sudah sediakan
- pejabat pengurusan kami sudah sediakan
- staff kami sudah sediakan
- pengeposan pun kami sudah sediakan
tugas anda hanyalah mencari jualan untuk pendapatan tambahan anda.

3ab2d9ed2dda6c133c08cf16a4d4697e_201x151
Setiap produk kami yang anda pasarkan adalah dilindungi dengan product warranty dan jaminan. Ini bermakna, mana-mana produk yang sampai kepada pelanggan dan produk tersebut tidak menepati penerangan yang diterima oleh para pelanggan, maka pihak syarikat akan menerima pemulangan produk tersebut tanpa seabarang soal dan memulangkan wang pelanggan tersebut.

Walaupun tidak pernah ada pelanggan yang tidak berpuashati dengan kualiti produk, pihak syarikat telah terlebih dahulu bersedia dengan sebarang kemungkinan supaya para ejen dapat berbisnes dengan tenang dan senang hati.

Mana-mana individu yang yang telah membuat keputusan untuk menjadi stokis dan membeli barangan dari syarikat sebagai stok perniagaan juga dilindungi oleh buyback policy yang disediakan oleh syarikat. Ini bermakna mana-mana stokis yang menghadapi masalah dan tidak dapat meneruskan perniagaan, mereka boleh memulangkan kembali barangan tersebut kepada pihak syarikat dan pihak syarikat akan memulangkan kembali wang stokis tersebut mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Ini bermakna, jika anda kekurangan modal, anda boleh bermula sebagai dropship dan anda tidak berhadapan dengan sebarang risiko kerugian.
Jika anda seorang stokis dan mengeluarkan modal untuk membeli produk, anda juga tidak berhadapan dengan risiko kerugian kerana kami ada buy back policy.

KEEMPAT :
ADA BONUS TAMBAHAN UNTUK DROPSHIPPER YANG BUAT JUALAN TINGGI

Bagi anda yang berusaha keras sudah tentunya insyaallah anda akan mampu membuat jualan yang lebih tinggi. Kami sangat menghargai usaha keras anda dan kami menyediakan beberapa insentif untuk ejen ejen yang mencapai target.

Pertamanya, kami ada Program Star Achiever. Program ini merupakan satu program dimana kami mengambil 3% dari keseluruhan untung jualan syarikat untuk dibahagi-bahagikan secara sama rata kepada ejen yang layak. Jika hanya seorang sahaja ejen yang layak pada bulan tersebut, maka keseluruhan 3% tersebut akan menjadi miliknya seorang.

77451cceaff4a835213d78b63f13f88e_270x480
KELIMA :
ANDA JUGA BERPELUANG MEMBELI SECARA BORONG

Jika anda mempunyai sedikit modal untuk berniaga, kami membuka peluang kepada anda untuk membeli secara borong dan dilantik sebagai stokis. Kelebihan sebagai stokis tentunya anda akan menerima harga produk yang lebih murah daripada ejen dropship. Tambahan lagi, mana-mana ejen dropship yang pelanggannya mahukan pembelian secara COD akan diberikan nombor telefon stokis yang berdekatan kepada mereka.

Ejen dropship yang berkenaaan akan menghubungi anda untuk memenuhi keperluan pelanggannya dan keuntungan boleh lah di bahagikan antara anda berdua mengikut kesesuaian dan persetujuan antara anda berdua.

Stokis juga akan menerima limpahan daripada iklan syarikat yang dijalankan di akhbar dan televisyen apabila tiba masanya nanti. Walaupun kami masih belum mengiklankan produk di dada akhbar, televisyen dan billboard lebuhraya utama, namun semuanya sudah tertulis didalam pelan pembangunan syarikat dan produk.

801d305a9e173b98c2f8348bdfa7f3c9_494x406
Stokis juga akan disenaraikan didalam website syarikat. Apabila pelanggan membuat carian didalam google tentang dermags, mereka akan menjumpai laman web syarikat dan tentunya mereka akan mencari info di sana.

Dan nama anda tersenarai disana sebagai seorang stokis yang berada dekat dengan mereka.

Tapi bukan itu sahaja, pihak kami mempunyai buy back policy jika anda menghadapi masalah dan tidak dapat meneruskan perniagaan anda. Anda hanya perlu poskan kembali stok anda kepada kami dan kami akan membeli balik daripada anda. Anda tetap tidak berhadapan dengan sebarang risiko.

Masih takut lagi?

KEENAM :
JIMAT KOS STOK, PACKAGING DAN PENGHANTARAN

Kelebihan paling besar bagi seorang ejen dropship ialah kemampuannya untuk menjalankan perniagaan ikut suka hati dia. Dia boleh buat apa dia suka dengan bisnes dia.
Kalau dia nak malas, dia boleh malas.
Kalau dia nak melancong, dia boleh melancong.
Kalau dia nak buat apa pun, itu tidak akan menjadi masalah kepada mereka.

Ini kerana mereka bebas dan tidak terikat dengan masa, lokasi ataupun tanggungjawab perniagaan yang selalunya memenatkan. Mereka tidak perlu membungkus parcel, tidak perlu beratur di pejabat pos, tidak perlu menguruskan penggantian barang dan sebagainya.
Mereka jimat masa, jimat kos stok, kos packaging dan juga penghantaran.

Mereka boleh fokus 100% masa mereka kepada marketing dan belajar untuk menjadi pandai dalam arena baru ini.

6a9f99424092b3965413cbb110e3c1bf_637.73006134969x330
KETUJUH :
PERKHIDMATAN EJEN YANG TERBAIK DAN CEKAP
SERTA PENGGUNAAN SISTEM ORDER DAN PENGHANTARAN YANG SISTEMATIK

Bayangkan jika anda hanya perlu menghantar nama alamat dan no telefon pelanggan sahaja kepada syarikat setelah membuat pembayaran. Selepas itu anda tak payah buat apa-apa. Tracking number pun tak payah sampaikan pada pelanggan.

Best tak?

Kami menggunakan sistem pengurusan order yang terkini dan cekap. Anda hanya perlu key in sahaja order anda dan segalanya akan diuruskan untuk anda. Tidak ada lagi isu order yang tertinggal atau terlepas apabila order di hantar ke applikasi whatsapp.

Apabila anda sudah key in maklumat pelanggan anda, sistem akan terus menghantar satu sms kepada pelanggan anda bahawasanya order beliau telah diterima. Selepas itu, setelah admin mengesahkan pembayaran telah dibuat oleh anda, pihak admin akan mengesahkan jualan tersebut dan pelanggan anda akan menerima satu lagi sms.
Pihak kami akan membungkus order tersebut dengan kaedah pembungkusan yang paling baik, dan setelah siap untuk di poskan, pelanggan anda akan menerima satu lagi sms yang memaklumkan kepada pelanggan berkenaan no tracking nya.
Pengeposan dilakukan setiap hari, bukannya 3 kali seminggu atau setiap setiap isnin dan khamis. Apa yang paling penting bagi kami ialah memastikan anda tidak akan malu dengan pelanggan anda.

Adakah ini akan meringankan beban anda sebagai seorang peniaga? Tentunya ya.

Dan soalan yang paling penting ialah…… adakah anda ingin bekerja dalam suasana yang begitu?

KELAPAN :
BIMBINGAN PERCUMA

Ahli groupniaga akan menerima bimbingan secara percuma untuk membina blog, membuat paid advertising, targeting, retargeting dan lain lain aspek lagi dalam dunia pengiklanan. Sesiapa sahaja yang ingin membina satu perniagaan online perlu belajar ini semua. Kalau tak mahu belajar kemahiran ini, lebih baik jangan berniaga online. Ia seumpama belajar silat tetapi tidak mahu belajar menggunakan keris dan senjata tajam.

Sepertimana keris dan silat tak dapat dipisahkan, begitu juga perniagan internet dan pengiklanan berbayar. Tetapi anda perlu berhati hati kerana sudah ramai pesilat yang mati di makan keris sendiri, sepertimana ramai online marketer yang terkubur di makan paid advertising mereka.
Walaupun begitu, suka atau tidak, anda perlu belajar semua ini. Inilah kepentingan berada dalam kumpulan yang betul.

b11eb7b22149ada633f82bc7a051bf3e_542.29787234043x240
KESEMBILAN :
BAHAN MARKETING YANG MELAMBAK-LAMBAK DISEDIAKAN
Anda pening nak buat copywriting? Kami sediakan.
Anda tak pandai nak buat closing? Kami sediakan bimbingan. Malahan kami sediakan website untuk anda hantar pelanggan anda ke situ.
Nak gambar produk? Jangan risau, banyak ada tu. Sampai ramai ejen tak larat nak download dalam fb dan instagram.
Tak tahu nak tulis apa? Content pun kami bagi.
Tak tahu nak bincang dengan siapa pasal bisnes ni? Ada whatsapp group, ada telegram group, ada telegram channel, ada fb group dan ada website. Pilih saja anda nak bersembang kat mana.

KESEPULUH DAN PALING PENTING :
MARGIN KEUNTUNGAN YANG TINGGI

Empat perkataan ni cukup menggambarkan semua. Anda pilih samada nak untung RM4.35 atas setiap sale atau jual produk kami yang boleh dapat untung sehingga RM76 satu sale. Nak yang mana? pilihan di tangan anda.

APA PRODUKNYA ? 

MEMPERKENALKAN …

f1377ed27f63bcf8bdb7874e79a3ee2a_730x370
2becb20f218ab9a5cb331af2f1b23555_930x620
INGIN KENALI PRODUK DENGAN LEBIH DEKAT?

Layari
www.dermagsdirect.com
Ini adalah link affiliate yang kami sediakan dan kami sentiasa update untuk kegunaan ejen-ejen. Mereka hanya perlu menghantar pelanggan ke sini, dan jika pelanggan tersebut membeli produk, maka mereka akan dapat komisyen. Semua berlaku secara auto dan sedar-sedar, komisyen masuk ke dalam akaun bank anda.

BAGAIMANA JIKA PELANGGAN LEBIH MINAT NAK WASSAP SAJA?
Kalau mereka lebih minat untuk berwasap, kami dah sediakan satu page yang boleh anda hantarkan mereka untuk melihat info dengan lebih lengkap di www.dermags.info.
Anda tak perlu risau tentang bagaimana untuk closing mereka, anda hanya perlu sembang sahaja dengan pelanggan dan minta mereka tengok maklumat yang ada di dalam website.
Website ini akan sentiasa di tambah kandungannya, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk copy paste benda yang sama berulang kali.

KENAPA DERMAGS?

DERMAGS ADALAH SELAMAT
Dermags ada Sijil KKM - (skincare lain pun ada)
Dermags ada Sijil Pengiktirafan Antarabangsa (skincare lain ada ni?)
Dermags merupakan hasil dari kajian PhD (skincare lain asal dari mana?)

DERMAGS ADALAH SANGAT BARU DALAM PASARAN
Peluang terbuka luas - ejen baru ada beberapa orang sahaja

DERMAGS ADALAH PRODUK PREMIUM PADA HARGA BERPATUTAN
Jangan bandingkan Dermags dengan produk skincare lain dalam pasaran- kita tak sama
Produk lain tidak lahir dari kerjasama pakar kosmetik berbilang benua - Dermags telah menjelajah ke makmal skincare seluruh dunia sebelum ia sampai ke tangan kita

DERMAGS MENDAPAT SOKONGAN KERAJAAN DAN PENYELIDIKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
Produk ini adalah produk dari Jabatan BioProduk UTM
Produk ini telah menerima pelbagai geran kerajaan bernilai jutaan ringgit untuk menghasilkannya
Produk ini juga sedang dalam proses menerima beberapa geran lagi untuk menambah baik dan menambah variasi product line dermags. Sekarang ada 5 produk- bila dah ada berbelas belas produk baru nak datang jadi ejen, dah terlambat lah.
Produk ini merupakan kerjasama kepakaran dua universiti bertaraf dunia - Universiti Teknologi Malaysia dan University of Seoul

DR MARIANI SENDIRI BERADA DALAM TEAM KITA
Produk lain, diorang dok berteka teki sesama ejen bila timbul masalah - keluarlah macam2 teori bagai - healing crisis la, kena minum air banyak la - hakikatnya mereka tak tahu dan mereka sekadar meneka. Kalau jadi apa-apa pada customer anda, anda tanggung sendiri
Team kita mendapat konsultasi terus dari Dr Mariani - individu yang membuat kajian dan mencipta Dermags - tak ada teka teki. Semua jawapan ialah jawapan yang ada autoriti

ASAL USUL DERMAGS ADALAH JELAS
Dr Mariani kutip manggis.
Kawan-kawan beliau pakat makan manggis, beliau proses kulit.
Beliau sendiri extract keluar alpha-mangostin.
Beliau sendiri adun.
Beliau sendiri kilangkan.
Proses A-Z semuanya dari tangan beliau.

MARKET SKIN CARE DI MALAYSIA BERNILAI LEBIH RM300 JUTA SETAHUN
Apakah cara paling baik untuk serang market yang besar dan hebat ini selain dari menggunakan produk yang:
Premium tapi harga mampu milik.
100% semulajadi tetapi sangat berkesan.
Disokong oleh kerajaan dan universiti universiti.
Melalui proses RnD yang bernilai jutaan ringgit.
Melalui penyelidikan dalam pelbagai makmal skincare seluruh dunia.
Dipimpin oleh "RAJA KOSMETIK KOREA" - PROFESSOR PARK CHANG CHEO - Director of Korean International Cosmetic Research Institute.
Menjadikan pelanggan anda cantik macam korea.
KONFEM 100% SELAMAT. Kalau pelanggan anda jadi macam gambar dibawah, siapa nak jawab?

Seorang pembantu jualan menderita selepas wajahnya bertukar menjadi lebam dan kehitaman

2908b9d7ff2031964d266b18d4ce9595_549x410
BERITA PENUH - http://www.bharian.com.my/node/184127?m=1
PALING PENTING - DERMAGS SANGAT BERKESAN, DAN BERKESAN DENGAN BEGITU CEPAT
Cuba cari produk skincare yang 100% semulajadi yang dapat tunjuk kesan positif yang sangat ketara dalam 7 hari.
Dah la semulajadi, selamat dan premium; menjadi pula tu

Tunggu apa lagi? kami tak akan buka peluang ni sampai bila-bila. Dan bila kami dah tutup, jangan pula merayu rayu pula. Tiada produk kosmetik yang sehebatnya di malaysia ini.

ISI BORANG DI BAWAH DAN DAFTAR SEKARANG!

(kami tidak sediakan no telefon untuk dihubungi atau untuk di wassap - belajarlah buat order guna borang online, kerana semua order adalah melalui sistem order online. Kalau anda betul nak jadi ejen, dan nak bina pendapatan, ini adalah ujian pertama anda. )

Selepas pendaftaran anda berjaya, anda akan dapat nombor telefon saya, dan anda akan terima emel yang akan menerangkan langkah satu demi satu untuk mula membina pendapatan.

GOOD LUCK!!

P/S: Jika anda ingin menjadi stokis, sila hantar emel kepada ustaznik@gmail.com - nanti saya akan hubungi anda dan menemuduga anda. Walaupun kami belum mempunyai stokis yang ramai, kami hanya mahukan mereka yang layak sahaja untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami. Walaupun anda ada ratusan ribu untuk dilaburkan, belum tentu kami terima anda sebagai stokis. Kami tidak perlukan wang anda. Kami mahukan mereka yang berjiwa pejuang sahaja untuk menjadi stokis kami.